Courtesy visit and meeting with Toh Puan Na’imah Abdul Khalid, the wife of Allahyarham Tun Daim Zainuddin, founder of the Pok Rafeah Chair in IKMAS
On the 12th of February 2025, the Institute of Malaysian and International Studies (IKMAS) conducted a courtesy visit and meeting with Toh Puan Na’imah Abdul Khalid, the wife of Allahyarham Tun Daim Zainuddin, founder of the Pok Rafeah Chair in IKMAS through the Pok Rafeah Foundation.
The Pok Rafeah Chair, established in 1996, provides an avenue for excellence in International Studies. It provides IKMAS with the opportunity to expand its network by collaborating with internationally recognized scholars and broadening its research into new, impactful areas.
During the meeting, the Director of IKMAS, Prof. Dr. Sufian Jusoh, conveyed his profound respect for Toh Puan Na’imah and her ongoing dedication to upholding the vision of her late husband. The discussions primarily focused on cultivating collaborative initiatives between IKMAS and the Pok Rafeah Foundation, particularly in advancing knowledge-sharing endeavors.
Toh Puan Na’imah also emphasized the importance of preserving the values of education and social responsibility, particularly within universities. Both IKMAS and the Pok Rafeah Foundation expressed their mutual interest in exploring future collaborations aimed at furthering the development of Malaysia’s educational landscape, ensuring that the legacy of Allahyarham Tun Daim Zainuddin continues to inspire and benefit future generations.
Pada 12 Februari 2025, Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) telah mengadakan kunjungan hormat dan pertemuan dengan Toh Puan Na’imah Abdul Khalid, isteri kepada Allahyarham Tun Daim Zainuddin, pengasas Kursi Pok Rafeah di IKMAS melalui Yayasan Pok Rafeah.
Kursi Pok Rafeah, yang ditubuhkan pada tahun 1996, berfungsi sebagai kursi kecemerlangan dalam Kajian Antarabangsa. Ia memberi peluang kepada IKMAS untuk memperluaskan rangkaiannya dengan bekerjasama dengan sarjana yang diiktiraf di peringkat antarabangsa serta memperluaskan penyelidikannya ke dalam bidang-bidang baharu yang berimpak tinggi.
Dalam pertemuan tersebut, Pengarah IKMAS, Prof. Dr. Sufian Jusoh, menyampaikan ucapan Takziah kepada keluarga Tun. Prof Sufian juga mengucapkan terima kasih kepada Toh Puan Na’imah atas dedikasi berterusan beliau dalam mengekalkan visi Allahyarham Tun Daim Zainuddin. Perbincangan tertumpu kepada usaha memperkukuh inisiatif kerjasama antara IKMAS dan Yayasan Pok Rafeah, khususnya dalam memperkasakan perkongsian ilmu.
Toh Puan Na’imah turut menekankan kepentingan memelihara nilai pendidikan dan tanggungjawab sosial, terutamanya dalam institusi pengajian tinggi. IKMAS dan Yayasan Pok Rafeah juga menyatakan minat bersama untuk meneroka peluang kerjasama pada masa hadapan dalam usaha memperkembangkan landskap pendidikan Malaysia, agar legasi Allahyarham Tun Daim Zainuddin terus memberi inspirasi dan manfaat kepada generasi akan datang.