Syarahan Umum oleh Prof Dr. Sufian di Universiti Camridge
Profesor Dr. Sufian Jusoh dari IKMAS, Universiti Kebangsaan Malaysia menyampaikan syarahan di Centre for Geopolitics, Universiti Cambridge, UK pada 23 Oktober 2024 bertajuk “Cabaran Geo-ekonomi dalam Integrasi ASEAN Menuju 2045.” Syarahan ini bertujuan mempromosikan Kepimpinan ASEAN Malaysia 2025 dan memperkukuh pemahaman tentang Visi ASEAN 2045.
Profesor Sufian menekankan:
1. Visi ASEAN 2045 akan membentuk nasib rantau ASEAN, yang menghadapi pelbagai cabaran dan ketidakpastian dalam bergerak ke fasa seterusnya dalam integrasi serantau.
2. Malaysia boleh memainkan peranan penting dalam menyelesaikan krisis politik Myanmar dan berperanan penting dalam mendapatkan persetujuan China mengenai Kod Tatakelakuan di Laut China Selatan.
3. Malaysia akan memimpin ASEAN menuju pencapaian pertumbuhan inklusif dan mengurangkan jurang ekonomi di ASEAN, termasuk Timor-Leste.
4. Kepimpinan ASEAN bertujuan memastikan keterangkuman dan kelestarian dengan memberi tumpuan kepada megatrend semasa dan masa depan yang utama seperti perubahan iklim; teknologi AI, persaingan untuk sumber seperti mineral kritikal, tenaga boleh diperbaharui, dan keterjaminan makanan.
5. Malaysia akan memastikan ASEAN sebagai rule-maker yang penting dalam dalam re-globalisasi dan dalam menghidupkan semula sistem perdagangan multilateral pasca-pandemik Covid-19.
Prof. Sufian menyarankan agar Kerajaan Malaysia melibatkan rakyat dalam persiapan bagi Kepimpinan ASEAN 2025 dan menggerakkan arah tuju ASEAN menjelang 2045.