Kami ingin mengalu-alukan penyertaan Pertandingan Reka Cipta Logo sempena Sambutan Ulangtahun yang Ke-20 INBIOSIS
Maklumat Lanjut
Syarat-syarat Penyertaan
- Terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
- Yuran penyertaan sebanyak RM10 dikenakan bagi setiap penyertaan. Pembayaran perlu disalurkan kepada :
Interbank GIRO/Telegraphic Transfer: CIMB 8002234307 (Universiti Kebangsaan Malaysia)
Sila muat naik slip transaksi di Google Form Pendaftaran sebagai bukti pembayaran - Reka bentuk logo hendaklah:
• asli dan tiada unsur-unsur plagiarism;
• berciri moden yang menggambarkan identiti INBIOSIS;
• mempunyai elemen warna hijau bercirikan INBIOSIS (R : 158, G : 198, B : 34);
• mempunyai elemen logo INBIOSIS yang boleh didapati di sini. - Logo hendaklah dihantar dalam format gambar (PNG/JPEG) dan vektor (AI) yang beresolusi tinggi. Minimum resolusi adalah 300dp / 2000 x 2000 px.
- Penjelasan ringkas mengenai rekaan logo perlu disertakan.
- Kriteria pemilihan adalah berdasarkan keaslian dan juga kreativiti yang ditonjolkan di dalam logo.
- Semua rekaan logo akan menjadi hak milik INBIOSIS dan tidak boleh dikembalikan. INBIOSIS berhak ke atas logo yang terpilih untuk dipamerkan atau dicetak di mana-mana acara dan juga media sosial.
- Keputusan daripada juri adalah muktamad.
Menangi Hadiah
Tempat Pertama : RM300
Tempat Kedua : RM200
Tempat Ketiga : RM100
Saguhati (3x) : RM50
Tarikh Tutup Penyertaan
Tarikh tutup penyertaan adalah 15 November 2024.
Pengumuman Pemenang
Pengumuman keputusan para pemenang Pertandingan Reka Cipta Logo Sempena Ulangtahun Ke-20 INBIOSIS akan diumumkan pada 15 Disember 2024.