Institut Biologi Sistem

 Institute of Systems Biology

Dari Meja Pengarah

Institut Biologi Sistem (INBIOSIS) telah ditubuhkan pada 24 Mac 2005 berdasarkan latar belakang yang kukuh dalam bidang Bioteknologi Tumbuhan. Misi penubuhannya adalah untuk memperluas skop penyelidikan dan memperkuat penyelidikan bioteknologi tumbuhan di Malaysia dengan pendekatan biologi sistem. Biologi sistem menerajui kemajuan penyelidikan biologi molekul bertruput tinggi dalam menghasilkan timbunan data omik. Ini telah membawa penyelidikan biologi ke tahap data sains intensif yang seterusnya menyumbang kepada senario data besar. Gabungan biologi dan sains komputer ini disatukan dengan disiplin lain seperti statistik, matematik, fizik dan kimia membantu kita memahami kerumitan fenomena biologi dengan lebih baik. Dengan itu, biologi sistem merangkumi biologi data besar, biologi rangkaian, dan cabang baru biologi moden. Kemajuan ini memudahkan pemahaman tahap sistem sel dan komponennya ke arah pemahaman holistik terhadap organisma pada pelbagai tahap fungsi dan mekanisma. Oleh itu, sangat penting tujuan pengesahan dimana pendekatan komputasi digabungkan dengan eksperimen makmal. Walau bagaimanapun, perkara ini mencabar kerana perlu menganalisis data molekul besar dan rangkaian biologi besar yang kompleks masih memerlukan penafsiran manusia.

INBIOSIS menyasarkan untuk melaksanakan tugas-tugas ini dengan kerjasama ahli akademik dan pakar teknikal multidisiplin yang bekerja di platform omik bersama kerjasama strategik dengan industri di dalam dan luar negara. Etos multidisiplin dan kolaboratif kami menyasarkan untuk menyediakan persekitaran yang sangat baik bagi menggalakkan penemuan daripada sains asas yang berguna untuk aplikasi praktikal. INBIOSIS menjanjikan persekitaran terbaik bagi menggalakkan penemuan serta mendorong kerjasama saintifik yang merangkumi pelbagai bidang disiplin, agensi dan sempadan geografi. Kami mendorong kebebasan intelektual yang kami yakini akan mendorong semangat kolektif untuk mencapai kecemerlangan. Tambahan pula, kami berhasrat untuk memberi sumbangan kepada masyarakat melalui pemindahan pengetahuan dan teknologi dan mendidik generasi saintis yang akan datang.

INBIOSIS berusaha untuk melaksanakan pendekatan biologi sistem yang canggih untuk menguraikan proses dan rangkaian biologi yang membawa kepada penemuan molekul yang menarik. Kunci utama kerja kami merangkumi penyelidikan mengenai penemuan biodiversiti, keselamatan makanan, kesejahteraan manusia dan produk lestari yang sesuai dengan SDG terpilih UKM iaitu SDG 2 (Kelaparan Sifar), SDG 3 (Kesihatan yang Baik dan Sejahtera), SDG 14 (Kehidupan Di Lautan) dan SDG 15 (Kehidupan di Darat). Penemuan asas saintifik dan teknologi akan membolehkan pelbagai penyelidikan baru dilakukan yang dapat memajukan kefahaman kami mengenai mekanisma molekul dan diharapkan dapat menggalakkan inovasi dalam sektor yang lain.

Prof. Dr. Syarul Nataqain Baharum

Pengarah INBIOSIS