Fokus Penyelidikan
Bidang Penyelidikan Teras di INBIOSIS memfokus kepada:
-
Pemahaman secara holistik jaring gen dalam tumbuhan dan mikrob menggunakan pendekatan biologi sistem.
-
Eksplorasi di peringkat molekul dalam kepelbagaian biologi dan kelestarian tropika bagi penemuan gen dan biomolekul baru.
-
Aplikasi teknologi transgenik untuk menambahbaik tanaman dan penghasilan biomolekul baru.
-
Pembangunan dan aplikasi pendekatan bioinformatik dalam kajian struktur dan tapak jalan protein, famili protein serta jaringan dalam sistem tumbuhan dan mikrob.
-
Penyelidikan terkini ke atas tumbuhan terpilih dan sistem mikrob meneroka gen-gen serta rangkaian-rangkaian gen yang terlibat di dalam sistesis dan penghasilan metabolit sekunder.
- Walaupun penyelidikan ini masih di tahap permulaan, namun ia mempunyai potensi yang tinggi untuk aplikasi komersil. Institut akan membangunkan Translation Research Centre untuk menyokong penemuan-penemuan penyelidikan yang berpotensi untuk dikomersilkan.