Rumah Tumbuhan PC2 (RTPC2)
Institut Biologi Sistem (INBIOSIS) kini dilengkapi dengan kemudahan Rumah Tumbuhan PC2 (RTPC2) yang pertama dimana ia membolehkan penyelidikan mengenai tanaman diubah suai secara genetik dapat dilakukan dalam persekitaran yang selamat dan terkawal. RTPC2 juga tersedia untuk semua penyelidik UKM serta terbuka bagi perkhidmatan kepada universiti atau syarikat lain.
Kewujudan kemudahan RTPC2 memenuhi syarat wajib Akta Biokeselamatan 2007, terutamanya dalam penyelidikan yang melibatkan kajian manipulasi genetik. Kemudahan ini akan membantu meningkatkan penyelidikan dalam bidang bioteknologi dan penambahbaikan tanaman. Selanjutnya, penyelidikan yang akan dijalankan dapat membantu dalam mengembangkan produk bioteknologi moden dan menyumbang kepada kemajuan dalam bidang yang bukan sahaja membawa manfaat kepada masyarakat tetapi juga memudahkan UKM mencapai status sebagai universiti penyelidikan yang terkemuka di dunia.