Soalan Lazim
INBIOSIS merujuk kepada Institut Biologi Sistem yang merupakan salah satu institut penyelidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Misi penubuhannya adalah untuk memperluas skop penyelidikan dan memperkuat penyelidikan bioteknologi tumbuhan di Malaysia dengan pendekatan sistem biologi.
Institut Biologi Sistem (INBIOSIS) telah ditubuhkan pada 24 Mac 2005.
Institut Biologi Sistem (INBIOSIS) terletak di dalam kampus utama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi, Selangor. Lokasi berdasarkan Google Maps boleh diakses disini : https://goo.gl/maps/Fp8fc
Kursus akademik yang ditawarkan di INBIOSIS hanya memfokuskan kepada pengajian siswazah berdasarkan penyelidikan & penyediaan tesis seperti berikut :
- Doktor Falsafah (Biologi Sistem)
- Sarjana Biologi Sistem (Biologi Komputeran)
- Sarjana Biologi Sistem (Biologi In Siliko)
- Sarjana Biologi Sistem (Sains Biomolekul)
- Sarjana Biologi Sistem (Sains Proteom)
- Hanya mod penyelidikan sahaja tersedia dan permohonan terbuka sepanjang tahun.
- Sila lihat di sini untuk sebarang kekosongan.
- Sila lihat di sini untuk mengetahui lebih tentang bakal penyelia anda.
- Pemohon harus membuat permohonan atas talian di https://www.ukm.my/join/
- Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :
Ketua Pentadbiran
Institut Biologi Sistem (INBIOSIS)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor, Malaysia
Tel: +603 8921 4548/4549
Fax: +603 8921 3398
Email: ppinbio@ukm.edu.my
Di INBIOSIS, kami menyediakan tiga jenis servis :
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menyemak senarai Pegawai Bertanggungjawab atau boleh emailkan pertanyaan kepada inbiosis.service@gmail.com & kcgatinbio@ukm.edu.my.
Anda boleh melihat perkembangan terkini mengenai aktiviti yang dianjurkan oleh INBIOSIS di Sosial Media rasmi kami :