Syarat Kemasukan
Syarat-syarat kemasukan bagi program Ijazah Sarjana:
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan Purata Nilai Gred Kumulatif yang baik (CGPA) dari universiti atau institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat;
atau - Ijazah Sarjana Muda Sains Biologi, Sains Fizik, Sains Kimia, Komputer Sains, Sains Matematik atau Kejuruteraan dari Universiti atau institusi yang diiktiraf oleh Senat Universiti Kebangsaan Malaysia;
Atau - Kelayakan lain yang setara kepada Ijazah Sarjana Muda atau pengalaman kerja yang diiktiraf oleh Senat UKM
Memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh program (jika berkenaan)
Pemohon yang memohon kemasukan program Ijazah Kedoktoran, harus memiliki kelayakan seperti berikut:
- Ijazah Sarjana Sains Biologi, Sains Fizik, Sains Komputer, Sains Matematik atau Kejuruteraan dari Universiti Kebangsaan Malaysia atau institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat; atau
- Kelayakan lain setaraf Ijazah Sarjana dan memiliki pengalaman yang diiktiraf oleh senat; atau
- Pemohon sedang mengikuti Program Sarjana sepenuh masa di bawah perenggan 6(1) (a) di universiti dan disahkan oleh (Jawatankuasa
Pengajian Ijazah Sarjana/ Pusat Pengurusan Akademik) bahawa Ijazah Sarjananya cukup baik untuk ditukarkan menjadi Ijazah Kedoktoran dengan kelulusan Dekan Fakulti/ Pengarah Institut; atau - Ijazah Sarjana muda yang cemerlang (PNGK > 3.67) dari universiti atau institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat; atau
- Kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat, diperolehi melalui Accredition of Prior Experiental Learning (APEL) atau Recognition of Prior Learning (RPL);
- Memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh program (jika berkenaan)
SYARAT KEMASUKAN
Calon antarabangsa untuk semua program siswazah diminta untuk menunjukkan penguasaan bahasa Inggeris dengan skor minimum 7.0 (IELTS), 550 (TOEFL) atau MUET Band 3.
KEPERLUAN KEMAHIRAN BAHASA INGGERIS
Pemohon antarabangsa harus memenuhi kelayakan bahasa berikut:
- TOEFL atau IELTS dengan skor minima yang telah ditetapkan bagi mengikuti program tersebut;
atau - Untuk program tertentu, pemohon dikehendaki untuk menduduki ujian English Proficiency Placement (EPPT). Sekiranya gagal mencapai skor yang ditetapkan, pemohon dikehendaki mengikuti dan lulus The English Proficiency Module (EPM) dalam tempoh masa maksima dua (2) semester sebelum dibenarkan untuk mengikuti program yang dipilih. Calon hendaklah mendaftar sebagai Pelajar Program Tanpa Ijazah.
Untuk pelajar antarabangsa yang akan menulis tesis/disertasi dalam Bahasa Melayu/Arab boleh dikecualikan bagi syarat dalam perenggan (1)(a), tetapi pemohon dikehendaki untuk menduduki ujian English Proficiency Placement (EPPT). Sekiranya gagal mencapai skor yang ditetapkan, pemohon dikehendaki mengikuti dan lulus The English Proficiency Module (EPM).
Pemohon antarabangsa yang mempunyai kelayakan akademik dari mana-mana universiti tempatan diiktiraf oleh Senat, boleh dikecualikan bagi syarat dalam perenggan (1)(a), tetapi pemohon dikehendaki untuk menduduki ujian English Proficiency Placement (EPPT). Sekiranya gagal mencapai skor yang ditetapkan, pemohon dikehendaki mengikuti dan lulus The English Proficiency Module (EPM).
Pihak Institut boleh membenarkan pengecualian dibuat kepada sub-syarat (1)(a) bagi pemohon antarabangsa yang berasal dari negara di mana Bahasa Inggeris adalah bahasa ibunda atau mempunyai kelayakan dari universiti atau institusi pengajian tinggi yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.