Bengkel Inovasi Bersama INOVASI@UKM ajuran PERUNDANG UKM
(Last Updated On: )BENGKEL INOVASI BERSAMA INOVASI@UKM ANJURAN PERUNDANG UKM telah diadakan pada 26 Mei 2023 (Jumaat) bertempat di Auditorium, Fakulti Undang-Undang, UKM.
Â
Program ini dihadiri seramai lebih 120 orang peserta yang terdiri dari pelajar tahun 1 FUU. Tidak ketinggalan, Dr. Hazlina Shaik Md Noor Alam, Penolong Dekan (Keusahawanan & Kreativiti) dan juga pensyarah dan penyelidik dari FUU turut sama menyertai program ini.
Taklimat INOVASI: HARTA INTELEK DAN PENGKOMERSIALAN disampaikan oleh Pegawai Inovasi iaitu Cik Nur Fairuz Mat Yasin.
Â
Pameran produk inovasi UKM turut diadakan bagi tujuan mempromosi dan pendedahan awal kepada pelajar berkenaan produk yang telah berjaya dihasilkan oleh penyelidik UKM. Produk paten yang dihasilkan oleh penyelidik Fakulti Undang-Undang iaitu HIJABBIB (tudung khas yang dijahit bersama bib) yang kini dalam fasa untuk dikomersialkan serta produk Hak Cipta iaitu The Appeal Matter turut dipamerkan bagi menarik minat pelajar dalam aspek inovasi dan komersial.