DANA IP 2.0: DANA PEMFAILAN HARTA INTELEK 2024 KINI DIBUKA
(Last Updated On: )Pusat Inovasi dan Pemindahanan Teknologi (INOVASI@UKM™) ingin menjemput warga UKM yang mempunyai penyelidikan/teknologi/produk yang berpotensi untuk didaftarkan harta intelek untuk memohon Dana IP 2.0 yang ditawarkan oleh Perbadan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
Permohonan ini adalah dibuka mulai Januari hingga 31 Mei 2024 atau sehingga kuota penuh. Berikut adalah merupakan garis panduan yang perlu dipenuhi bagi permohonan yang berjaya oleh warga UKM:
📜Pendaftaran/pemfailan harta intelek WAJIB mendaftarkan UKM sebagai pemilik harta intelek.
📜 Perlu memaklumkan kepada INOVASI@UKM™)bagi setiap permohonan Dana IP 2.0 yang berjaya.
📜 Panduan untuk pendaftaran:
⭐ Hak Cipta/Cap Dagangan/Reka Bentuk Industri: Pemohon perlu mendaftarkan terus di MyIPO
⭐Paten:
1. Ejen paten bagi Program Dana IP telah berdaftar sebagai pembekal UKM: Pemfailan paten boleh didaftarkan melalui INOVASI@UKM.
2. Ejen paten bagi Program Dana IP TIDAK berdaftar sebagai pembekal UKM: Pemohon boleh terus berurusan dengan ejen paten tersebut bagi tujuan pemfailan paten dan setiap komunikasi bersama ejen perlu dimaklumkan kepada INOVASI@UKM™.
📜 Warga UKM juga perlu memuat naik sijil pemfailan/pendaftaran dari MyIPO pada sistem e-IPR dan pihak INOVASI@UKM bagi tujuan penilaian selanjutnya berkaitaan kelayakan pengiktirafan sebagai hak milik UKM dan pencapaian KPI MyRA.
Maklumat lanjut berhubung Dana IP 2.0 dan syarat-syarat permohonan boleh di dapati di laman sesawang MyIPO melalui pautan berikut:
https://www.myipo.gov.my/…/dana-pemfailan-harta…/
Sila imbas kod QR tertera pada poster atau hubungi pegawai yang dipaparkan untuk maklumat lanjut. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Urus setia, Cik Izzaidah Ishak ( ☎Tel: 03-89214370), (📧emel: izzaidah@ukm.edu.my).