HARI BERTEMU PELANGGAN BERSAMA INOVASI@UKM™️ SIRI 1/2022 (ATAS TALIAN)
HARI BERTEMU PELANGGAN BERSAMA INOVASI@UKM™️ SIRI 1/2022 (ATAS TALIAN)
✅ INOVASI@UKM™️ menjemput semua warga UKM & pihak yang berminat untuk menyertai Hari Bertemu Pelanggan
✅ Program ini akan diadakan setiap tiga (3) bulan bagi memberikan peluang untuk warga UKM mendapatkan khidmat nasihat berkaitan pengurusan harta intelek, pemindahan teknologi dan pengkomersialan produk/teknologi.
✅ Slot adalah TERHAD dan tempahan perlu dilakukan melalui imbasan google form. Peruntukan masa untuk setiap slot ialah selama 30 minit.
✅ Terdapat empat (4) slot diperuntukkan untuk pengurusan harta intelek dan empat(4) slot untuk pemindahan teknologi (termasuk dana pra-pengkomersialan) dan pengkomersialan
========================
Butiran Hari Bertemu Pelanggan
========================
🗓️ Tarikh: 12 Januari 2022 (Rabu)
🕙 Masa: 10.00 pagi -4.00 petang
🖥️ Pendaftaran : https://forms.gle/NdVvcMPTkcQLR7e28
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Urus setia, Cik Izzaidah Ishak (☎️ 03-89214370, 💻 emel: inovasi2u@ukm.edu.my).