Majlis Apresiasi Pengkomersialan dan Innovation & Commercialisation Conference UKM 2022
Majlis Apresiasi Pengkomersialan dan Innovation & Commercialisation Conference UKM 2022
Majlis Apresiasi Pengkomersialan dan Innovation & Commercialisation Conference UKM 2022
19 & 20 Disember 2022
Bangi Golf Resort
Dirasmikan oleh: YBhg. Datuk Johan Idris, Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia
Pusat Inovasi & Pemindahan Teknologi (INOVASI@UKMTM) akan menganjurkan Majlis Apresiasi Pengkomersialan dan Innovation & Commercialisation Conference UKM 2022 buat julung kalinya diadakan bertujuan untuk memberi penghargaan kepada pusat tanggungjawab dan penyelidik yang telah memberikan sumbangan besar dalam aktiviti pengkomersialan produk penyelidikan UKM. Majlis ini terhasil daripada kejayaan penerima dana pra pengkomersialan iaitu Dana Inovasi dan Geran Lab2Market yang menggerakkan hasil penyelidikan UKM ke peringkat pengkomersialan.
Penganjuran Majlis Apresiasi ini akan menjadi pemangkin kepada warga UKM untuk merealisasikan hasrat universiti penyelidikan ke arah pembangunan produk penyelidikan yang berpotensi untuk dikomersialkan dan seterusnya memberi manfaat kepada masyarakat. Suntikan semangat dan pengiktirafan yang diberi kepada penyelidik hebat ini diharap dapat membangkitkan motivasi intrinsik untuk terus meningkatkan pencapaian dalam bidang penyelidikan dan pengkomersialan universiti ke arah yang lebih cemerlang.
Melalui program ICCon, penerima dana berpeluang membentangkan produk dan teknologi yang dihasilkan kepada potensi kolaborator, pemberi dana dan industri. Melalui inisiatif universiti, penerima dana telah menaiktaraf produk penyelidikan yang berdaya saing dalam pasaran untuk dikomersialkan.