Majlis Pengkomersialan Produk UKM “Buku Tafsir Nur Al-Ihsan Edisi Rumi dan Tahkik”
Majlis Pengkomersialan Produk UKM “Buku Tafsir Nur Al-Ihsan Edisi Rumi dan Tahkik”
Pusat Inovasi dan Pemindahan Teknologi UKM bersama-sama dengan Fakulti Pengajian Islam UKM akan menganjurkan Majlis Pengkomersialan Produk UKM “Buku Tafsir Nur Al-Ihsan Edisi Rumi dan Tahkik”.
Penganjuran Majlis ini bertujuan untuk menandatangani perjanjian pelesenan pengkomersialan pengkomersialan di antara Universiti Kebangsaan Malaysia dengan Persatuan Keluarga Haji Mohd Saaid Mufti Malaysia dan seterusnya melancarkan Buku Tafsir Nur AL-Ihsan Edisi Rumi dan Tahkik.
Buku ini merupakan kitab tafsir melayu pertama yang dihasilkan oleh anak tempatan iaitu Haji Muhammad Sa’id bin Umar pada tahun 1925.
Usaha Perumian dan Pentahkikan buku tafsir ini pula telah diketuai oleh Prof. Madya Dr Haziyah Hussin dari Fakulti Pengajian Islam UKM bagi melonjakkan nilai ilmiah Tafsir Nur al-Ihsan dan seterusnya dapat memudahkan masyarakat untuk mendapat akses kepada tafsir al-quran.