Hari Inovasi & Keusahawanan PIK (HiKE) 2018 – [28 Mac 2018]
(Last Updated On: )Hari Inovasi & Keusahawanan PIK (HiKE) 2018
Tarikh : 28 Mac 2018
Tempat : Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh (DTAMS), UKM Bangi
- Program yang diadakan pada 28 Mac 2018 ini dianjurkan setelah mendapat persetujuan Pengarah PIK dengan kelulusan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan & Inovasi (HEPI) pada 19 Januari 2018.
- Program melibatkan kesemua kakitangan Pusat Inovasi Kolaboratif (PIK) merangkumi 17 kakitangan Eksekutif Inovasi; 8 kakitangan sokongan serta mendapat kerjasama penuh oleh Pengarah & Timbalan Pengarah.
- Program ini mensasarkan seluruh warga UKM secara amnya.
- Sesi dialog yang melibatkan pemberi-pemberi dana pra-pengkomersialan dan pengkomersialan serta tokoh tekno-usahawan untuk membuka ruang kepada penyelidik serta warga UKM yang lain melihat potensi inovasi untuk dijadikan aset penjanaan kewangan.
- Sesi CEO Talk yang melibatkan CEO yang berjaya dalam perniagaan jutaan ringgit dengan inovasi yang dinamik.
- Pameran hasil Inovasi UKM.
Objektif Program
- Menerapkan elemen inovasi dan keusahawan kepada seluruh warga UKM;
- Menjana warga UKM yang celik inovasi, harta intelek dan pengkomersialan;
- Memberi idea dalam merangka strategi inovasi yang bernilai tinggi;
- Peluang pembiayaan pra-pengkomersialan dan pengkomersialan produk; dan
- Memperkenalkan serta mempromosikan produk inovasi UKM.
Jemputan
- Seluruh warga UKM merangkumi pelajar serta kakitangan telah dijemput untuk memeriahkan program ini
- Rakan industri dan agensi pemberi dana pra-pengkomersialan serta dan pengkomersialan.
Impak
- HiKE 2018 berjaya memberi impak kepada golongan yang hadir;
- Program berjalan lancar tanpa sebarang isu;
- Sebahagian daripada produk UKM mendapat perhatian daripada ahli Lembaga Pengarah Universiti untuk dibantu dari segi pengkomersialan.