JAWATAN KOSONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG (L41) (KONTRAK)
(Last Updated On: )PENGAMBILAN SEGERA
JAWATAN KOSONG
PEGAWAI UNDANG-UNDANG (L41) (KONTRAK)
Syarat Lantikan:
- Ijazah sarjana muda dengan kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya(Gaji permulaan pada Gred L41 : P1 RM2418.00); DAN
- Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Keutamaan adalah diberi kepada calon yang;
- Memperolehi ijazah sarjana daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan/antarabangsa atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
- memperolehi ijazah sarjana muda dengan kepujian dalam bidang Undang-Undang (sekurang-kurangnya PNGK 3.0 ke atas) daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan/antarabangsa atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
- mempunyai pengalaman dalam bidang pengurusan harta intelek dan pemindahan teknologi; dan
- fasih berbahasa Inggeris (bertutur dan menulis).
Cara memohon;
- Pemohon yang berminat perlu mengemukakan resume lengkap dengan menyatakan sekurang-kurangnya dua rujukan.
- Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan secara emel kepada hr.inovasi@ukm.edu.my
- Tarikh tutup permohonan : 16 APRIL 2023
- Hanya pemohon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil menghadiri ujian/temuduga.