Majlis Menandatangani Perjanjian Antara INOVASI@UKM dan ODO BIOTECHNOLOGY SDN.BHD.
(Last Updated On: )Tahniah diucapkan kepada Prof. Dr. Suzana Shahar, Dr. Siti Fathiah Masre, dan Prof Madya Dr. Kamisah Yusof atas kejayaan pengkomersialan inovasi kepada syarikat Odo Biotechnology Sdn. Bhd.Â
Prof. Dr. Suzana dari Fakulti Sains Kesihatan telah menghasilkan inovasi bertajuk “A Formulation That Reduces Oxidative Stress,” iaitu minuman kesihatan yang mampu meningkatkan fungsi kognitif. Dr. Siti Fathiah, juga dari Fakulti Sains Kesihatan telah menghasilkan inovasi bertajuk “Formulasi Campuran Segar Minuman Greeneycala,” juga minuman kesihatan daripada buah-buahan. Manakala Prof. Madya Dr. Kamisah dari Fakulti Perubatan telah menghasilkan komposisi untuk merawat hyperhomocysteinemia sekaligus mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.Â
Diharap kejayaan pengkomersialan ini menjadi pemangkin kepada seluruh warga UKM dalam merancakkan agenda pengkomersialan universiti.Â
Majlis menandatangani perjanjian ini telah diadakan pada 1 September 2022, jam 2.30 petang bertempat di Pusat Inovasi dan Pemindahan Teknologi UKM. Tahniah dan syabas sekali lagi diucapkan kepada para penyelidik dan ahli kumpulan serta fakuti yang terlibat.