Majlis Menandatangani Perjanjian Pra-Pengkomersialan & Serahan Cek antara INOVASI@UKM dengan Syarikat Ortonesia Sdn. Bhd.
(Last Updated On: )20 Mei 2024
Bilik Mesyuarat INOVASI@UKM
Sebentar tadi telah berlangsungnya Majlis Menandatangani Perjanjian Pra-Pengkomersialan & Serahan Cek antara INOVASI@UKM dengan Syarikat Ortonesia Sdn. Bhd. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Wan Kamal Mujani; Ketua Projek – YBhg. Prof. Dr. Mohd Yazid Bajuri dan wakil syarikat Ortonesia Sdn. Bhd.
Projek ini adalah untuk membangunkan prototaip terbaru ‘MyB Transtibial Prosthetic Limb 2.0’ dengan ciri penambahbaikan seperti automatic ankle dorsiflexion mechanism, produk kalis air untuk meningkatkan ketahanan dengan tempoh penggunaan yang lebih lama serta prostetik yang lebih ringan. Ia dapat dihasilkan dan dikilangkan di Malaysia secara sepenuhnya. Selain daripada itu, objektif projek ini juga adalah untuk mendapatkan pensijilan dan pelesenan sebagai persediaan untuk pengkomersialan produk. Strategi pemasaran untuk pengkomersialan masa hadapan juga akan dibangunkan serta cadangan untuk menjalinkan kerjasama dengan hospital, pusat pemulihan di Malaysia dan PERKESO juga telah diambilkira. Sasaran output projek ini adalah menghasilkan produk ‘MyB Transtibial Prosthetic Limb 2.0’ yang berada di TRL 9 dengan ciri-ciri inovatif yang baru dan mempunyai harga mampu milik dan kos efektif serta boleh dikomersialkan kepada pasaran yang disasarkan di seluruh negara dan global. Ia bakal menjadi satu prostetik IKONIK Malaysia.MTDC merupakan sebuah agensi yang mempunyai kepakaran khusus dalam pemindahan teknologi dan pengkomersialan. Terdapat potensi syarikat-syarikat dibawah ekosistem MTDC yang boleh mengkomersialkan hasil produk inovasi berteknologi UKM.
Peruntukan projek diluluskan sebanyak RM250,000.00 bagi selama 12 bulan dan bermula pada 1 Mei 2024.
Ortonesia Sdn. Bhd. selaku syarikat kolaborator projek ini bersetuju untuk menyumbang dana sebanyak RM100,000.00 di mana RM75,000.00 dalam bentuk wang tunai dan RM25,000.00 sumbangan bukan kewangan.