MAJLIS PELANCARAN HIJABBIB
(Last Updated On: )Ini adalah merupakan produk paten pertama dari Fakulti Undang-Undang, UKM
Setinggi ucapan terima kasih kepada YBhg Prof Dato’ Dr Wan Kamal Mujani yang sudi merasmikan majlis ini serta tidak lupa kepada Dekan Fakulti Undang-Undang Prof Madya Dr Jady Hassim.
Inilah bukti Fakulti dari bidang Sains Sosial juga mampu untuk menghasilkan paten yang berpotensi untuk dikomersialkan. Pusat Inovasi bersedia dan sentiasa akan membantu penyelidik-penyelidik yang berminat untuk mengkomersialkan penyelidikan mereka kepada pasaran. Tahun ini sahaja Pusat Inovasi telah berjaya menjana lebih dari RM 100 ribu hasil pengkomersilan dan ini secara tidak langsung dapat membantu pencapaian MyRA bagi tahun 2022.
Terima kasih juga diucapkan kepada penyelidik-penyelidik UKM yang terlibat dalam membantu proses pemindahan teknologi dan pengkomersilan di UKM. UKM MARA!