Majlis Pelancaran Syarikat PEMULA@UKM
(Last Updated On: )Pada hari ini, Pusat Inovasi dan Pemindahan Teknologi (INOVASI@UKM) telah mengadakan Majlis Pelancaran Syarikat PEMULA@UKM.
Majlis ini diadakan bagi memperkenalkan tujuh syarikat yang terdiri daripada kakitangan akademik, profesional dan pelajar UKM telah terpilih untuk mengikuti program PEMULA@UKM ini.
Syarikat-syarikat tersebut adalah MyB Innovation Sdn. Bhd. (Fakulti Perubatan), Geothermal Resources Sdn. Bhd (Fakulti Sains dan Teknologi), myNFT Sdn. Bhd. (Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat), Truly Nativeland Sdn. Bhd. (LESTARI); ChemSci (Fakulti Sains dan Teknologi), Makcik Travels Sdn. Bhd. (Fakulti Sains Kesihatan), dan DeriaLAH Sdn. Bhd. (Fakulti Sains Teknologi).
Syarikat-syarikat ini mengetengahkan pelbagai teknologi penyelidikan yang merangkumi peranti perubatan, aplikasi teknologi berasaskan keterbaharuan tenaga, sistem aplikasi pengesanan tumpahan minyak, sistem aplikasi pendidikan pelancongan, modul pendidikan berasaskan STEM, sistem aplikasi berdasarkan perkhidmatan peneman untuk warga emas dan juga sistem sensor kualiti udara pintar.
Turut hadir, Timbalan Naib Canselor Hal-ehwal Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dato’ Dr. Wan Kamal Mujani bagi merasmikan majlis ini, diiringi oleh Pro-Naib Canselor (Penjanaan & Prasarana), Prof. Dr. Norhamidi Muhamad dan Pengarah INOVASI@UKM, Prof. Madya Dr Wan Mohd Hirwani Wan Hussain.