Majlis Pelancaran Vamuse-C & Pertukaran Dokumen Perjanjian Pelesenan Antara INOVASI@UKM Dengan Lembaga Muzium Negeri Terengganu
(Last Updated On: )Majlis Pelancaran Vamuse-C & Pertukaran Dokumen Perjanjian Pelesenan Antara INOVASI@UKM Dengan Lembaga Muzium Negeri Terengganu telah diadakan pada 10 November 2022 (Khamis) jam, 10.00 pagi bertempat di Dewan Batu Bersurat,Kompleks Muzium Negeri Terengganu.
Â
Majlis dilancarkan oleh Yang Berhormat Haji Maliaman bin Kassim, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan Dan Pengajian Tinggi Negeri. Pihak yang terlibat dalam pertukaran dokumen perjanjian pelesenan adalah di antara Lembaga Muzium Negeri Terengganu (LMNT) dan Pusat Inovasi & Pemindahan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia. LMNT diwakili oleh Yang Berusaha Haji Che Muhamad Azmi bin Ngah, Pengarah Lembaga Muzium Negeri Terengganu manakala Pusat Inovasi & Pemindahan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) diwakili oleh Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Wan Mohd Hirwani Bin Wan Hussain yang merupakan Pengarah Pusat Inovasi & Pemindahan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Â
Majlis ini merupakan majlis pertukaran dokumen perjanjian pelesenan harta intelek bagi dua produk hasil kerjasama di antara Lembaga Muzium Negeri Terengganu dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Dua (2) produk tersebut adalah Vamuse C (Virtual Museum E-Commerce) dan Persekitaran Muzium Maya.
Â
Vamuse-C (iaitu Virtual Museum E-Commerce) merupakan aplikasi yang ditambahbaik dari segi pendigitalan artifak atau koleksi yang lebih komprehensif, pemasaran serta hebahan dan makluman semua aktiviti jabatan telah dihasilkan oleh Prof. Madya Dr. Tengku Siti Meriam binti Tengku Wook beserta sekumpulan penyelidik bersama dari Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia.