Makluman Terkini: Pembukaan Permohonan Geran Inovasi UKM 2024
(Last Updated On: )Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Inovasi & Pemindahan Teknologi (INOVASI@UKM-️) telah membuka permohonan Geran Inovasi UKM Fasa 1/2024, bermula pada 22 Februari 2024 dan dibuka sepanjang tahun.
Berikut adalah info ringkas mengenai Geran Inovasi:
- Dana Inovasi diwujudkan untuk membangunkan prototaip dan memajukan hasil penyelidikan ke arah pra-pengkomersialan atau pengkomersialan bersama-sama dengan Syarikat Kolaborasi.b) Mulai tahun 2024, Dana Inovasi dijenamakan semula sebagai Geran Inovasi sebagai langkah penyelarasan nama geran penyelidikan di UKM.
- Tujuan geran ini diwujudkan adalah untuk menampung jurang pembiayaan dalam pembangunan suatu inovasi atau teknologi dari tahap PoC kepada suatu tahap di mana ia boleh menjadi suatu produk atau perkhidmatan yang boleh dilesenkan kepada Syarikat Kolaborasi yang telah dikenal pasti.c) Permohonan terbuka kepada warga UKM (rujuk Garis Panduan Dana Inovasi)d) Hasil penyelidikan dan inovasi UKM yang telah mempunyai harta intelek
- Syarikat Kolaborasi mesti menyumbang RM10,000.00 diambil kira sebagai fi komitmen/wang pendahuluan pelesenan
- Tempoh projek ialah enam (6) hingga 12 bulan, sebagaimana yang diluluskan oleh penilai.
- Had maksimum pemberian Geran Inovasi ialah RM100,000.00.
Output projek adalah merangkumi TIGA (3) perkara berikut:
- Prototaip yang berjaya mencapai objektif yang telah diluluskan;dan
- Prototaip dikomersialkan kepada Syarikat Kolaborasi atau syarikat lain yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak; dan
- Penghasilan sekurang-kurangnya satu (1) harta intelek (HI).
Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan Garis Panduan dan Borang Permohonan Dana Inovasi atau boleh juga dimuat turun melalui pautan seperti berikut:
a. Garis Panduan Dana Inovasi
Untuk makluman, proses pindaan Garis Panduan Geran Inovasi 2024 dan Borang Permohonan atas talian telah ditangguhkan buat masa ini. Oleh itu, rujukan utama dan kaedah permohonan Geran Inovasi 2024 masih sama seperti Dana Inovasi sebelum ini.
Selain itu, tarikh pengumpulan borang permohonan bagi penilaian kumpulan Pertama Geran Inovasi 2024 adalah pada 8 April 2024 (Isnin). Sehubungan itu, para penyelidik yang berminat perlulah mengisi dan menghantar Borang Permohonan Dana Inovasi dengan lengkap (softcopy) selewat-lewatnya pada tarikh tersebut kepada Urus Setia Geran Inovasi, Encik Firdaus Banhawi (emel: firban@ukm.edu.my No. Tel: 03-8921 4821).
Sekian, perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Prof. Ulung/Prof. Dr./YBrs. Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.