MRANTI Innovation and Technology Essentials
(Last Updated On: )Seramai empat orang pegawai INOVASI@UKM yang juga Urusetia Program PEMULA@UKM dan dua orang peserta Program PEMULA@UKM iaiatu Prof Madya Dr. Rizafizah Othaman (Chem Sci Sdn. Bhd) dan Dr. Sazlina Kamaralzaman (Jom Makcik Sdn. Bhd) telah menyertai program MRANTI Innovation and Technology Essentials yang dianjurkan oleh Unit Pembangunan Ekosistem MRANTI pada 1 Ogos 2023 hingga 3 Ogos 2023, bertempat di MENARA JLAND, Johor Bahru, Johor.Â
Program ini bertujuan untuk memberi pengalaman penghasilan idea yang unik di mana peserta akan berpeluang bekerja berpasukan ke arah penyelesaian masalah melalui penciptaan inovasi berdasarkan teknologi terkini. Selain daripada itu, peserta juga akan memperoleh manfaat seperti meningkatkan kemahiran komunikasi, memperluas rangkaian perhubungan dan mendalami pengetahuan teknologi mereka.
Seramai 40 orang peserta yang terdiri dari pelbagai agensi; termasuk university awam dan juga swasta. Peserta dibahagikan kepada 6 kumpulan yang mana akan membangunkan sesuatu inovasi yang berkaitan teknologi Data, IOT, Generative AI dan blockchain.
Dua buah kumpulan yang memenangi sesi pitching ini akan memperolehi hadiah dalam bentuk penajaan pembiayaan Setiausaha Syarikat selama 12 bulan. Kumpulan yang memenangi tempat pertama ialah Kumpuan Detect yang ahlinya terdiri daripada 2 pegawai INOVASI@UKM, seorang penyelidik dari UIA, seorang pensyarah dari Universiti Southampton Malaysia dan seorang pengamal undang-undang yang memiliki syarikat guaman sendiri.
Kumpulan yang memenangi tempat kedua ialah Kumpulan DoneDadanan yang mana salah seorang ahli kumpulannya merupakan penyelidik UKM yang juga peserta Program PEMULA@UKM iaitu Prof. Madya Dr. Rizafizah Othaman. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.