National Workshop of TTO & IP Management – [16-20 April 2018]
(Last Updated On: )National Workshop of TTO & IP Management
Tempat : MyIPO, Menara UOA, Bangsar, Kuala Lumpur.
Tarikh : 16 – 20 April 2018
Masa : 8:30 pagi – 5:30 petang
Penganjur : World Intellectual Properties Organization (WIPO) & Malaysia Intellectual Properties Organisation (MyIPO)
Penceramah
- Dr. Richard S. Cahoon
- Surya Raghu
- John Fraser
- Yumiko Hamano
Peserta (UKM)
- Muhammad Syazwan Mohd Sharif
- Muhammad Firdaus Rusli
- Mohd Syukri Ismail
- Izzaidah Ishak
- Sufeera Rahmad
- Nur Fairuz Mat Yasin
Maklumat Penganjur
WIPO adalah forum global untuk perkhidmatan, polisi, maklumat dan kerjasama berkaitan harta intelek. WIPO ditaja oleh dana sendiri di Amerika Syarikat dengan 191 keahlian negeri.
Misi WIPO adalah untuk menerajui pembangunan yang stabil serta berkesan sistem harta intelek yang membenarkan inovasi dan kreativiti untuk manfaat semua pihak. Pihak WIPO telah diberi mandat untuk memantau perbadanan dan prosedur berasaskan persetujuan dalam konvensyen WIPO pada tahun 1967.
Rumusan Program
Program yang dianjurkan sebagai sebahagian daripada komponen program Enabling IP Environment yang merupakan satu inisiatif untuk membantu aktiviti pemindahan teknologi dan komunikasi strategik antara universiti dan industri. Program ini turut disertai oleh wakil daripada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) serta jabatan kerajaan yang terlibat dalam bidang R&D. WIPO juga telah menjemput agensi pemberi dana pengkomersialan dan industri bagi sesi taklimat dan suai kenal antara industri penyelidikan (IPTA/IPTS/Jabatan Kerajaan) dengan industri.
Pengisian Program
Program selama seminggu ini merangkumi 3 komponen utama:
A. Technology Triage
- Kaedah mengenal pasti potensi harta intelek untuk dikomersialkan; dan
- Parameter yang digunakan adalah Technology Readiness Level dan analisa saiz pasaran.
B. Technology Management and Commercialisation
- Teknik komunikasi berkesan antara penyelidik dengan pegawai pemindahan teknologi dam antara pegawai pemindahan teknologi dengan industri;
- Pembangunan teknologi berdasarkan maklum balas daripada industri;
- Pengurusan teknologi dan mengenal pasti strategi yang sesuai untuk teknologi;
- Kaedah rundingan berkesan; dan
- Sesi Business match-making yang melibatkan lebih 60 syarikat dan agensi kerajaan.
C. Licensing Strategies
- Jenis-jenis Perlesenan; dan
- Komponen penting dalam Perjanjian Perlesenan.
Ulasan Program
Program ini berjaya membantu memberi pemahaman tentang konsep pengkomersialan teknologi yang berjaya oleh institusi-institusi penyelidikan yang berprestij di Amerika Syarikat;
Kaedah pengurusan oleh pengkomersialan yang sistematik; dan
Penyediaan perjanjian perlesenan yang adil bagi kedua-dua belah pihak antara institusi dan industri.