Aktiviti & Sumbangan 3 Kumpulan NGO yang Disertai oleh Kakitangan PIK di bawah Program Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA), GSB-UKM

(Last Updated On: )

Baru-baru ini 3 orang Pegawai Penyelidik Sosial dari Pusat Inovasi Kolaboratif (PIK) telah menyertai aktiviti-aktiviti kebajikan 3 kumpulan NGO yang berasingan. Mereka juga sedang mengikut program Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) di GSB-UKM, Kampus Bangi di tahun ketiga pengajian. Mereka adalah Encik Mohd. Syukri Ismail, Puan Nurul Nadiah Atiqah Mohd Khair dan Cik Izzaidah Ishak.

Inisiatif ini diperkenalkan Dekan Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan (GSB)-UKM, Prof Madya Dr Zaher Zain ini dilihat sebagai cara baru yang sangat baik dalam memupuk semangat keprihatinan penuntut berkenaan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dapat memberi impak kepada masyarakat dan pihak lain.

Aktiviti-aktiviti kebajikan 3 kumpulan NGO turut mendapat liputan akhbar tempatan baru-baru ini.

Encik Mohd Syukri Ismail

Nama NGO: Wings Of Wisdom (W.O.W)

Jumlah Ahli: 21 orang

Objektif Penubuhan:

Aktiviti Kebajikan : Program Menjejak Kasih Bersama UKM-GSB di Kg. Ulu Menderang, Sungkai, Perak

 

Puan Nurul Nadiah Atiqah Mohd Khair

Nama NGO: Water Heroes Society

Jumlah Ahli: 25 orang

Objektif Penubuhan: Memberikan akses infrastruktur air bersih dan mendidik masyarakat mengenai kepentingan air bersih.

Aktiviti Kebajikan : Program Pembersihan sungai ‘River Rehab 2018’ di Kampung Sungai Mahang, Nilai, Negeri Sembilan

 

Cik Izzaidah Ishak

 

Nama NGO: Persatuan Ekspansi Amal

Jumlah Ahli: 10 orang

Objektif Penubuhan NGO:

Aktiviti Kebajikan : Program Pendidikan Kanak-kanak Mabul 2018 (dengan kerjasama Persatuan Pendidikan Mabul) berlangsung selama 3 hari di Pulau Mabul, Sabah.