UKM-MTDC Mini Commercialisation Workshop Series 1/2020

(Last Updated On: )

Sejajar dengan usaha untuk membawa hasil penyelidikan/teknologi/produk ke pasaran, UKM melalui Pusat Inovasi Kolaboratif (PIK) dengan kerjasama Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) akan mengadakan UKM-MTDC Mini Commercialisation Workshop Siri 1/2020 seperti butiran berikut:

Tarikh : 5 Mac 2020 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi – 5.30 petang
Tempat : Bilik Seminar UKM-MTDC, Blok Nukleus, UKM-MTDC Technology Centre, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43650 Bangi, Selangor.

Program ini akan diadakan selama satu (1) hari merangkumi topik mengenai Technology Transfer & Commercialisation, Market Validation & Financing. Sasaran peserta program adalah termasuk pegawai pemindahan teknologi, pencipta, penyelidik atau ahli akademik yang terlibat atau mempunyai minat untuk mengkomersialkan teknologi atau hasil kerja R&D mereka ke pasaran.

 

Berminat sila daftar di sini.