PEMBUKAAN PERMOHONAN DANA INOVASI FASA PERTAMA TAHUN 2022
(Last Updated On: )🚩Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Inovasi & Pemindahan Teknologi (INOVASI@UKM™️) akan membuka permohonan Dana Inovasi bagi Fasa Pertama (1) untuk tahun 2022, bermula pada 1 Julai 2022 sehingga 22 Julai 2022.
Pautan Muat Turun
1. Garis Panduan Dana Inovasi
http://www.ukm.my/inovasi-ukm/download/1830/
2. Borang Permohonan Dana Inovasi
http://www.ukm.my/inovasi-ukm/download/800/
✅Borang Permohonan Dana Inovasi yang lengkap dalam bentuk softcopy dan hardcopy perlu dikemukakan kepada Urus Setia Dana Inovasi selewat-lewatnya pada 22 Julai 2022 (Isnin). Borang permohonan yang dihantar selepas tarikh tutup tidak akan diterima.
✅ Borang permohonan dalam bentuk softcopy perlu dihantar melalui e-mel ke: 📩nursuhana@ukm.edu.my dan salinan hardcopy perlu dikemukakan melalui pos/serahan tangan ke Pusat Inovasi & Pemindahan Teknologi (INOVASI@UKM™️).
INFO RINGKAS
🚩Dana Inovasi diwujudkan untuk membangunkan prototaip dan memajukan hasil penyelidikan ke arah pra-pengkomersialan atau pengkomersialan bersama-sama dengan Syarikat Kolaborasi.
🚩Tujuan dana ini diwujudkan adalah untuk menampung jurang pembiayaan dalam pembangunan suatu inovasi atau teknologi dari tahap PoC kepada suatu tahap di mana ia boleh menjadi suatu produk atau perkhidmatan yang boleh dilesenkan kepada Syarikat Kolaborasi yang telah dikenal pasti.
🔹Permohonan terbuka kepada warga UKM (rujuk Garis Panduan Dana Inovasi)
🔹Hasil penyelidikan dan inovasi UKM yang telah mempunyai harta intelek
🔹Syarikat Kolaborasi mesti menyumbang RM10,000.00 diambil kira sebagai fi komitmen/wang pendahuluan pelesenan
🔹Tempoh projek ialah enam (6) hingga 12 bulan, sebagaimana yang diluluskan oleh penilai.
🔹Had maksimum pemberian Dana Inovasi ialah RM100,000.00.
Output projek adalah seperti berikut:
a) Prototaip yang berjaya mencapai objektif yang telah diluluskan;dan
b) Prototaip dikomersialkan kepada Syarikat Kolaborasi atau syarikat lain yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak; dan
c) Penghasilan sekurang-kurangnya satu (1) harta intelek (HI).