PEMBUKAAN PERMOHONAN DANA INOVASI FASA PERTAMA TAHUN 2023
(Last Updated On: )PEMAKLUMAN BERKENAAN PEMBUKAAN PERMOHONAN DANA INOVASI (DI) FASA 1/2023
Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Inovasi & Pemindahan Teknologi (INOVASI@UKM™️) akan membuka permohonan Dana Inovasi (DI) bagi Fasa 1/2023 bermula pada 1 September 2023 sehingga 15 September 2023.
1. Tarikh akhir penghantaran ke INOVASI@UKM™️: 15 September 2023 (Jumaat) 5.00 petang
2. Saringan dan semakan di INOVASI@UKM™️: 18 September 2023 – 29 September 2023
3. Pemakluman kepada pemohon (sekiranya ada maklumat/dokumen tidak lengkap) : 2 Oktober 2023
4. Maklumbalas daripada pemohon (sekiranya ada maklumat/dokumen tidak lengkap): 13 Oktober 2023
5. Sesi Penilaian di INOVASI@UKM™️ : November 2023
Garis Panduan dan Borang Permohonan Geran DI atau boleh dimuat turun melalui pautan seperti berikut:
a. Garis Panduan Dana inovasi (DI)
https://www.ukm.my/inovasi-ukm/download/1830/?tmstv=1692950899
b. Borang Permohonan Dana inovasi (DI)
https://www.ukm.my/inovasi-ukm/download/800/?tmstv=1692950901
Borang Permohonan Dana inovasi (DI) yang lengkap dalam bentuk softcopy dan hardcopy perlu dikemukakan kepada Urus Setia Dana selewat-lewatnya pada 15 September 2023 (Jumaat). Borang permohonan yang dihantar selepas tarikh tutup tidak akan diterima.
Borang permohonan dalam bentuk softcopy perlu dihantar melalui e-mel kepada Urus setia Dana inovasi, Puan Nur Suhana Abd Gani (emel: nursuhana@ukm.edu.my, No. Tel: 03-8921 4947) dan salinan hardcopy perlu dikemukakan melalui pos/serahan tangan ke Pusat Inovasi & Pemindahan Teknologi (INOVASI@UKM™️).