Pembukaan Permohonan Geran Inovasi UKM 2024 & Taklimat Pembukaan
(Last Updated On: )Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Inovasi & Pemindahan Teknologi (INOVASI@UKM™️) akan membuka permohonan Geran Inova
Berikut adalah info ringkas mengenai Geran Inovasi:
- Dana Inovasi diwujudkan untuk membangunkan prototaip dan memajukan hasil penyelidikan ke arah pra-pengkomersialan atau pengkomersialan bersama-sama dengan Syarikat Kolaborasi.
- Mulai tahun 2024, Dana Inovasi dijenamakan semula sebagai Geran Inovasi sebagai langkah penyelarasan nama geran penyelidikan di UKM.
- Tujuan geran ini diwujudkan adalah untuk menampung jurang pembiayaan dalam pembangunan suatu inovasi atau teknologi dari tahap PoC kepada suatu tahap di mana ia boleh menjadi suatu produk atau perkhidmatan yang boleh dilesenkan kepada Syarikat Kolaborasi yang telah dikenal pasti.
- Permohonan terbuka kepada warga UKM (rujuk Garis Panduan Dana Inovasi)
- Hasil penyelidikan dan inovasi UKM yang telah mempunyai harta intelek.
- Syarikat Kolaborasi mesti menyumbang RM10,000.00 diambil kira sebagai fi komitmen/wang pendahuluan pelesenan.
- Tempoh projek ialah enam (6) hingga 12 bulan, sebagaimana yang diluluskan oleh penilai.
- Had maksimum pemberian Geran Inovasi ialah RM100,000.00.
Output projek adalah merangkumi TIGA (3) perkara berikut:
- Prototaip yang berjaya mencapai objektif yang telah diluluskan;dan
- Prototaip dikomersialkan kepada Syarikat Kolaborasi atau syarikat lain yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak; dan
- Penghasilan sekurang-kurangnya satu (1) harta intelek (HI).
Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan Garis Panduan dan Borang Permohonan Dana
- Garis Panduan Dana inovasi (DI)
https://www.ukm.my/inovasi-ukm/download/1830/?tmstv= 1692950899 - Borang Permohonan Dana Inovasi (DI)
https://www.ukm.my/inovasi-ukm/download/800/?tmstv= 1692950901
Untuk makluman, Garis Panduan Geran Inovasi 2024 sedang dalam proses mendapatkan kelulusan pindaan. Borang permohonan Geran Inovasi 2024 akan diisi dan dihantar oleh pemohon menerusi sistem atas talian yang akan dimaklumkan dalam tempoh terdekat. Untuk persediaan permohonan Geran Inovasi 2024, pemohon boleh merujuk Garis Panduan Dana Inovasi dan mengisi Borang Permohonan Dana Inovasi dengan lengkap. Apabila sistem tersebut siap sepenuhnya, Pemohon boleh memindahkan maklumat borang permohonan dalam bentuk softcopy tersebut kepada borang permohonan atas talian.
Taklimat Pembukaan Geran Inovasi 2024 akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: 22 Februari 2024
Masa : 3.00 petang – 4.00 petang
Pelantar : Zoom Meeting
Sekiranya terdapat persoalan mengenai pembukaan Geran Inovasi 2024 & Taklimat Pembukaan, sila hubungi Urus setia Dana, Encik Firdaus Banhawi(emel: firban@ukm.edu. my No. Tel: 03-8921 4821).
Sekian, perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Prof. Ulung/Prof. Dr./YBrs. Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.