PEMBUKAAN PERMOHONAN GERAN LAB2MARKET (L2M) FASA PERTAMA TAHUN 2022
(Last Updated On: )
🚩Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Inovasi & Pemindahan Teknologi (INOVASI@UKM™️) akan membuka permohonan Geran Lab2Market (L2M) bagi Fasa Pertama (1) untuk tahun 2022, bermula pada 21 Mac 2022 sehingga 8 April 2022.
1️⃣Tarikh Akhir Penghantaran ke INOVASI@UKM™️ : ⏰ 8 April 2022 (Jumaat) 5.00 petang⌛🔚
2️⃣Saringan dan semakan di INOVASI@UKM™️ : 11 April 2022 (Isnin) – 22 April 2022 (Jumaat)
3️⃣ Pemakluman kepada pemohon (sekiranya ada maklumat/dokumen tidak lengkap) : 25 April 2022 (Isnin)
4️⃣ Maklumbalas daripada pemohon (sekiranya ada maklumat/dokumen tidak lengkap) : 16 Mei 2022 (Isnin) 🔚
5️⃣ Sesi Penilaian di INOVASI@UKM™️ : Jun 2022
Pautan Muat Turun
1. Garis Panduan Geran Lab2Market (L2M)
http://www.ukm.my/inovasi-ukm/download/3668/
2. Borang Permohonan Geran Lab2Market (L2M)
http://www.ukm.my/inovasi-ukm/download/3671/
6️⃣ Borang Permohonan Geran Lab2Market (L2M) yang lengkap dalam bentuk softcopy dan hardcopy perlu dikemukakan kepada Urus Setia Dana selewat-lewatnya pada * 8 April 2022* (Jumaat)*. Borang permohonan yang dihantar selepas tarikh tutup tidak akan diterima.
7️⃣ Borang permohonan dalam bentuk softcopy perlu dihantar melalui e-mel ke: 📩nursuhana@ukm.edu.my dan salinan hardcopy perlu dikemukakan melalui pos/serahan tangan ke Pusat Inovasi & Pemindahan Teknologi (INOVASI@UKM™️).
INFO RINGKAS
🚩Geran Lab2Market (L2M) diwujudkan untuk meningkatkan kadar kejayaan terhadap usaha pengkomersialan hasil penyelidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
🚩 Tujuan geran ini diwujudkan ialah untuk meningkatkan keberhasilan pengkomersialan dan mengurangkan risiko pengkomersialan dengan menyediakan rancangan pengkomersialan komprehensif di peringkat pra-komersial berdasarkan kajian terperinci pengkomersialan serta pengesahan nilai dan potensi HI dan produk teknologi UKM bersama dengan rakan industri.
🔹Permohonan terbuka kepada warga UKM (rujuk Garis Panduan Geran Lab2Market)
🔹Hasil penyelidikan dan inovasi UKM yang telah mempunyai harta intelek (di mana tahap kesediaan teknologi adalah sekurang-kurangnya di tahap 5/TRL5)
🔹Syarikat Kolaborasi mesti menyumbang 40% (dalam bentuk wang tunai dan sumbangan bukan kewangan diambil kira sebagai wang pendahuluan pelesenan)
🔹Tempoh projek ialah dua (2) tahun, sebagaimana yang diluluskan oleh penilai.
🔹Had maksimum pemberian Geran Lab2Market ialah RM250,000.00.
Output projek adalah seperti berikut:
a) Laporan Kes & Analisis Pasaran
b) Pelan Perniagaan
c) Harta Intelek
d) Pengkomersialan
e) Prototaip dikomersialkan kepada Syarikat Kolaborasi