PEMBUKAAN PERMOHONAN PROJEK DI BAWAH INISIATIF PUBLIC PRIVATE RESEARCH NETWORK (PPRN) 2.0 FASA 1 TAHUN 2022
(Last Updated On: )Pembukaan Permohonan Projek di bawah Inisiatif Public Private Research Network (PPRN) 2.0 Fasa 1 Tahun 2022
🚩Adalah dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui Seksyen Penyelidikan dan Public-Private Research Network (PPRN), Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar telah membuka permohonan projek di bawah inisiatif Public Private Research Network (PPRN) 2.0 Fasa 1 Tahun 2022, bermula pada 14 Januari 2022 sehingga 14 Februari 2022.
Berikut adalah maklumat terkini pembukaan rasmi PPRN 2.0 Fasa 1 Tahun 2022 yang dilengkapi dengan maklumat Proses Gerak Kerja Dalaman UKM untuk perhatian selanjutnya di pihak F/I/P.
1. Tarikh Tutup Penghantaran ke INOVASI@UKM™️ : ⏰ 25 JANUARI 2022 (Selasa) ⌛🔚
2. Saringan dan semakan di INOVASI@UKM™️ : 26 Januari 2022
3. Maklumbalas daripada pemohon (sekiranya ada maklumat/dokumen tidak lengkap): 27 Januari 2022 (Khamis)
4. Pemilihan & Pelantikan Panel Penilai PPRN Peringkat RMC : 27 Januari 2022 – 31 Januari 2022
5. Pendaftaran Akaun Sistem Portal PPRN (https://epprn.mohe.gov.my)
– Tindakan: Pemohon (Ketua Penyelidik & Rakan Industri Kolaborator)
: 1 Februari 2022 – 3 Februari 2022 ⌛🔚
6. Memuatnaik Borang Permohonan yang telah dihantar sebelum ini (copy & paste) ke dalam Sistem Portal PPRN (https://epprn.mohe.gov.my)
– Tindakan: Pemohon (Ketua Penyelidik & Rakan Industri Kolaborator)
: 1 Februari 2022 – 3 Februari 2022 ⌛🔚
7. Sesi Penilaian & Pembetulan Borang Permohonan (menerusi Sistem Portal PPRN)
– Tindakan : Panel Penilai; Pemohon (Ketua Penyelidik & Rakan Industri Kolaborator) : 4 Februari 2022 – 11 Februari 2022 ⌛
8. Pengesahan Pengarah INOVASI@UKM™️ : 14 Februari 2022 ⌛
9. Tarikh Akhir Penghantaran ke KPT : 14 Februari 2022 ⌛🔚
Pautan Muat Turun
✅ Garis Panduan Perlaksanaan PPRN 2.0 Fasa 1 Tahun 2022
✅ Borang Permohonan Manual PPRN
✅ Jadual Proses Kerja Pembukaan PPRN 2.0 Fasa 1 Tahun 2022
⭕ Borang Permohonan Manual PPRN 2.0 yang lengkap dalam bentuk softcopy perlu dikemukakan kepada Urus Setia PPRN di UKM melalui Pusat Inovasi & Pemindahan Teknologi (INOVASI@UKM™️) iaitu Encik Firdaus Banhawi (e-mel : firban@ukm.edu.my) selewat-lewatnya pada 25 Januari 2022 (Selasa). Borang permohonan yang dihantar selepas tarikh tutup tidak akan diterima.
⭕ Borang permohonan ini perlu dihantar terlebih dahulu kepada pihak kami supaya proses pemilihan panel penilai dapat dilakukan segera. Sekiranya borang permohonan yang disemak mematuhi Garis Panduan PPRN, pemohon akan dihubungi oleh pihak kami untuk melakukan pendaftaran akaun sistem dan mengisi serta menghantar semula borang permohonan tersebut menerusi Sistem Portal PPRN (https://epprn.mohe.gov.my) bermula pada 1 Februari 2022 sehingga 3 Februari 2022. Ini kerana Sistem Portal PPRN hanya akan dibuka secara rasmi oleh pihak KPT pada 1 Februari 2022.
⭕ Sekiranya terdapat sebarang persoalan mengenai PPRN, bolehlah hubungi Urus Setia PPRN-UKM, INOVASI@UKM™️ iaitu Encik Firdaus Banhawi,
📧:firban@ukm.edu.my
☎️ : 03-8921 4821