PENERIMA SKIM GERAN PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN PROTOTAIP (PRGS) FASA 1/2023
(Last Updated On: )Pusat Inovasi & Pemindahan Teknologi (INOVASI@UKM) telah menerima 9 permohonan PRGS Fasa 1/2023 daripada penyelidik UKM dan hasil daripada proses penilaian dalaman peringkat RMC, kesemua permohonan tersebut telah disokong untuk dihantar ke peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Pada peringkat Saringan Pertama di KPT, sebanyak enam (6) permohonan daripada 9 permohonan dari UKM telah disenarai pendek untuk melakukan pembentangan PRGS 1/2023 di KPT.
EMPAT (4) permohonan PRGS Fasa 1/2023 UKM* telah berjaya dengan jumlah keseluruhan peruntukan yang diluluskan adalah sebanyak *RM 821,000.00.
Maklumat permohonan yang berjaya adalah seperti berikut:
Ketua Projek : *YBhg. Prof. Ir. Dr. Mohd Syuhaimi Ab. Rahman* – Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina (FKAB)
Tajuk Projek : Lini Pengeluaran Peranti Optik yang Mesra, Mudah, Murah Untuk Komunikasi Berkelajuan Tinggi Dunia Kecil Menggunakan 3 Teknik Baru
Ketua Projek : *Prof. Madya Dr. Maizom Hassan* – Institut Biologi Sistem (INBIOSIS)
Tajuk Projek : Enhancement of Juvenile Hormone Analog Farnesyl acetate nanoemulsion formulations for Effective and Sustainable Control of Oil Palm Insect Pest, Metisa plana
Ketua Projek : *Dr. Aznan Fazli Ismail* – Fakulti Sains & Teknologi(FST)
Tajuk Projek : Development of Integrated Flow-Through Thorium Electrosorption System Prototype for Radioactive Waste Management
Ketua Projek : *Prof. Madya Dr. Ahmad Rifqi Md Zain* – Institut Kejuruteraan Mikro & Nanoelektrik(FST)
Tajuk Projek : Prototyping of a Chronic Kidney Disease (CKD) Optical Sensor based on a Non-Invasive Approach for point of care (POC) Diagnostic
Seluruh warga Pusat Inovasi dan Pemindahan Teknologi (INOVASI@UKM) mengucapkan tahniah kepada kesemua penerima.