TAHNIAH KEPADA TIGA PENERIMA SKIM GERAN PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN PROTAIP (PRGS) FASA 1/2022
(Last Updated On: )PENERIMA SKIM GERAN PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN PROTOTAIP (PRGS) FASA 1/2022
Pusat Inovasi & Pemindahan Teknologi (INOVASI@UKM™️) telah menerima 13 permohonan PRGS Fasa 1/2022 daripada penyelidik UKM dan hasil daripada proses penilaian dalaman peringkat RMC, 11 permohonan tersebut telah disokong untuk dihantar ke peringkat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Pada peringkat Saringan Pertama di KPT, sebanyak lapan (8) permohonan daripada 11 permohonan dari UKM telah disenarai pendek untuk melakukan pembentangan PRGS 1/2022 secara atas talian.
TIGA (3) permohonan PRGS Fasa 1/2022 UKM telah berjaya dengan jumlah keseluruhan peruntukan yang diluluskan adalah sebanyak RM500,400.00.
Maklumat permohonan yang berjaya adalah seperti berikut:
✅Ketua Projek : Dr. Nadiah binti Abu – Institut Perubatan Molekul (UMBI)
Tajuk Projek : Design, Efficacy Evaluation and Clinical Validation of a circANAPC7 BaseScope Probe for the Detection of FOLFOX Chemoresistant Colorectal Cancer via In Situ Hybridization
✅Ketua Projek : Prof. Madya Dr. Lim Seng Joe – Fakulti Sains & Teknologi (FST)
Tajuk Projek : Pilot scale fractionation of water soluble edible bird’s nest (EBN) hydrolysates from EBN processing by-products through cross-flow filtration membranes
✅Ketua Projek : YBhg. Prof. Dr. Nor Asiah binti Omar – Fakulti Ekonomi & Pengurusan(FEP)
Tajuk Projek : MyDNSD: The Design and Development of Malaysia’s Digital Networking and Skills Diagnostic Platform for Enhancing SMEs Business Sustainability