Taklimat Inovasi dan Hak Cipta di Pusat Kebudayaan UKM
(Last Updated On: )5 Februari 2024
Bilik Mesyuarat, Pusat Kebudayaan UKM
Pusat Inovasi dan Pemindahan Teknologi UKM (INOVASI@UKM) telah menganjurkan program bersama Pusat Kebudayaan UKM (PUSKEB) berkaitan Taklimat Inovasi dan Hak Cipta.
Objektif utama program ini adalah untuk memberikan kesedaran awal kepada warga PUSKEB berkaitan hak cipta dan kepentingan melindunginya. Program ini telah mendapat sambutan yang baik serta meningkatkan kesedaran warga PUSKEB berkaitan hak cipta yang berpotensi untuk dilindungi.
Selain itu, dengan penganjuran ini telah memberikan peluang untuk INOVASI@UKM melebarkan sayapnya untuk mengetengahkan harta intelek yang dihasilkan oleh warga UKM yang bukan berasaskan kepada aktiviti penyelidikan. Program ini telah dihadiri oleh hampir 30 orang kakitangan.