Ucapan Tahniah & Sekalung Penghargaan diucapkan kepada penerima Dana Inovasi Fasa 1/2022
(Last Updated On: )Ucapan Tahniah & Sekalung Penghargaan diucapkan kepada penerima Dana Inovasi Fasa 1/2022
Berikut adalah senarai penerima Dana Inovasi Fasa 1/2022
INOVASI-2022-002
Prof. Madya Ir. Dr. Abang Annuar Ehsan (Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik) beserta penyelidik bersama Dr. Abdul Hadi Azman (Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina), En. Abdul Hafiz Mat Sulaiman (Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik), Prof. Dr. Rusli bin Daik (Fakulti Sains & Teknologi) dan Prof. Dr. Dalia Abdullah (Fakulti Pergigian).
Projek bertajuk Rekabentuk dan Pembangunan Produk Sistem Pencetakan 3D Hibrid melibatkan satu (1) institut dan tiga (3) fakulti dan lima (5) penyelidik rentas bidang bagi menghasilkan prototaip sistem pencetakan 3D hibrid dengan rekabentuk industri berdasarkan konsep design for manufacturing dan design for assembly.
INOVASI-2022-004
Prof. Dato’ Dr. Kamaruzzaman Sopian (Institut Penyelidikan Tenaga Suria) beserta penyelidik bersama dari Institut Penyelidikan Tenaga Suria iaitu Prof. Madya Dr Adnan Ibrahim, Dr Ahmad Fazlizan Abdullah dan Dr Hasila Jarimi serta Ts. Dr. Muhammad Ammirrul Atiqi Mohd Zainuri (Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina).
Projek bertajuk Compact Green Heat Pump Drying System (GreenHP) melibatkan SERI dan FKAB dan lima
(5) penyelidik rentas bidang bagi menghasilkan prototaip 3 HP sistem pam haba berbantukan suria dengan dwikondensor sebagai demonstrasi teknologi yang untuk menilai prestasi pengeringan hasil pertanian komersial seperti herba dan buah-buahan.
INOVASI-2022-005
Prof. Dr. Norbahiah binti Misran (Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina) beserta penyelidik bersama dari Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina iaitu Dr. Noorfazila Kamal dan Dr. Kamarulzaman Mat serta Dr. Ahasanul Hoque (Institut Perubahan Iklim).
Projek bertajuk Microstructure resonator-based metamaterial absorber for moisture sensing application melibatkan dua (2) fakulti dan empat (4) penyelidik rentas bidang bagi menghasilkan penyerap metamaterial komersial struktur mikro untuk aplikasi pengesan lembapan menggunakan struktur sandwic gelombang elektromagnet berindeks negatif. Ia dapat mengatasi kaedah sedia ada yang mudah dipengaruhi oleh pencemaran, atau ralat, atau mempunyai kos pembuatan yang tinggi, dan bersaiz besar.
INOVASI-2022-006
Prof. Madya Dr Razinah Sharif (Fakulti Sains Kesihatan) beserta penyelidik bersama dari Fakulti Sains & Teknologi iaitu Ts. Dr. Noorul Syuhada Binti Mohd Razali dan Ts. Dr. Noor Soffalina Binti Sofian Seng.
Projek bertajuk Development of Jacky-Enhanced Burger Patty as a Healthier Alternative Burger melibatkan dua (2) fakulti dan tiga (3) penyelidik rentas bidang bagi menghasilkan burger berasaskan sayuran iaitu Jacky 2.0 yang lebih tahan lama dan mempunyai ciri yang sama seperti Jacky 1.0 dan memastikan ianya diformulasi dengan betul supaya sesuai dengan kehendak industri, mempunyai bahan mentah yang lestari, sesuai dipasarkan serta mempunyai ciri khusus seperti antimutagen, bukan karsinogen, tinggi serat dan rendah kalori serta diterima dalam analisis sensori.
INOVASI-2022-008
Prof. Madya Dr. Gan Kok Beng (Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina) beserta penyelidik bersama dari Fakulti Perubatan iaitu Prof. Madya Dr. Mohd Hasni Ja`afar dan Prof. Madya Dr. Wan Nur Nafisah Wan Yahya serta Dr. Mohd Shawal Faizal bin Mohamad.
Projek bertajuk Prototype Development of Hearables With In-Ear Sensing Technology and Heart Rhythm Algorithm Using Photoplethysmography melibatkan dua (2) fakulti dan empat (4) penyelidik rentas bidang bagi menghasilkan satu produk yang menggunakan teknologi fotopletismograf (PPG) dan algoritma pemprosesan yang proprietari untuk mengesan gangguan ritma pada dengupan jantung.