BAHAGIAN PERKHIDMATAN INSTRUMENTASI FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI
PENGANALISIS JERAPAN FIZIKAL (BET)
Jenama : Micromeritic
Model : ASAP 2020
KATEGORI: BET- N2 MICROPORE, BET- N2 MESOPORE, BET CO2
Kegunaan :
Penganalisis ini digunakan untuk menentukan ukuran luas permukaan liang, purata diameter dan isipadu liang serta keporosan sesuatu bahan melalui penjerapan molekul gas pada permukaan sampel.
Keperluan sampel : 0.3 gram per sampel
PENGGUNA DALAM UKM :
Lengkapkan borang, hubungi operator dan bawa bersama sampel ke makmal.
PENGGUNA LUAR UKM : Lengkapkan borang, sebut harga akan diproses dan diemelkan kepada pemohon dalam tempoh 3 hari.