Pertandingan Hiasan Pejabat Kemerdekaan UKM

Unit Integriti & Ombudsman telah menyertai Pertandingan Hiasan Pejabat sempena bulan Kemerdekaan UKM.

Dengan membawa konsep Perpaduan, UIO mengetengahkan budaya daripada pelbagai kaum di Malaysia melalui permainan tradisional, makanan tradisional, dan perayaan.

Tarikan utama hiasan ini adalah kolam MALAYSIA MADANI: TEKAD PERPADUAN PENUHI HARAPAN. Kolam ini dibuat daripada butiran beras yang diletakkan pewarna berdasarkan warna Jalur Gemilang.

Pertandingan ini dilihat dapat memupuk kerjasama serta mengcungkil bakat dan kreativiti warga UIO.

Similar Posts