Majlis Sambutan Hari Integriti Nasional Peringkat UKM 2024
Pro Naib Canselor (Strategi & Kewatanan), Prof. Dato’ Dr. Roslee Rajikan mewakili Naib Canselor hadir menyampaikan ucaptama sekaligus merasmikan Majlis Sambutan Hari Integriti Nasional Peringkat UKM tahun 2024 yang diadakan di Dewan Perdana FSSK, hari ini.
Hari Integriti Nasional disambut pada setiap 5 November sejak diisytiharkan pada tahun 2005. UKM tidak melepaskan peluang untuk turut menyambut Hari Integriti sebagai satu usaha untuk menyemai integriti dalam diri setiap warga UKM.
Majlis sambutan ini dimulakan dengan sesi forum bertajuk “Teguh Integriti, Kukuh Pertiwi”. Forum ini membincangkan peranan agensi penguatkuasaan dalam memastikan agenda integriti dapat diperkasakan dalam setiap lapisan dan peringkat sama ada dalam kakitangan akademik mahupun pentadbiran.
Forum ini disertai dengan barisan panel dari pelbagai agensi penguatkuasaan iaitu YBhg. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (TPj) Dato’ Alias Salim, Pengarah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, Negeri Selangor, YDH Deputi Komisioner Polis, Datuk Azhan Abdul Halim, Timbalan Pengarah (Agama dan Kaunseling) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Polis Diraja Malaysia, YBrs Dr Nazira Sadiron, Ketua Penolong Pengarah, Dasar Penguatkuasaan dan Keselamatan, Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia.