Bengkel Kejurulatihan bagi Antigangguan Seksual Siri 1/2024

Bengkel yang berlangsung selama 3 hari ini disertai oleh 30 orang ahli Majlis Pegawai Integriti Universiti Awam Malaysia (MPIUA) yang bermula dari 7 hingga 9 Mei 2024 di Institut Sosial Malaysia.
 
Kursus ini mendedahkan peserta tentang kaedah dan teknik untuk menjadi jurulatih antigangguan seksual di organisasi masing – masing kelak. Setiap peserta diwajibkan terlibat dalam pembentangan individu bagi menilai pemahaman dan kemahiran peserta sebagai jurulatih yang berkesan.
 
Diharap bengkel ini dapat membantu dalam menyebarluaskan maklumat mengenai antigangguan seksual kepada masyarakat di peringkat akar umbi.
 
Unit Integriti & Ombudsman UKM diwakili oleh Encik Ahmad Sharif Haron dan Puan Nur Adriana Athirah Zulkafli, Pegawai UIO.

Similar Posts