Bengkel Pemurnian Semakan Semula Pelan Tindakan Integriti (PTI) UKM 2021-2025

Bengkel Pemurnian Semakan Semula PTI UKM 2021-2025 telah berjaya dilaksanakan pada 22 Ogos 2024 di Bangi Resort Hotel.

Seramai 20 ahli Jawatankuasa Semakan Semula PTI UKM 2021-2025, bersama wakil peneraju, telah berperanan secara aktif dengan menyumbangkan idea dan cadangan terbaik dalam memastikan semakan semula pelan ini dapat diperkemas dan dipertingkatkan.

Diharapkan, hasil daripada semakan semula ini akan memperkukuhkan lagi kecekapan pentadbiran UKM dalam menangani isu-isu integriti, sekaligus menyokong aspirasi universiti ke arah tadbir urus yang lebih berwibawa dan berintegriti.

Similar Posts