Bengkel Resolusi Majlis Pegawai Integriti (MPI) dan Majlis Penasihat Undang-Undang (MPUU) Universiti Awam 2024
Seramai 65 Pegawai terdiri dari kalangan Penasihat Undang-Undang, Ketua Unit Integriti, Pegawai Undang-Undang dan Pegawai Integriti membincangkan hala tuju fungsi Integriti dan perundangan dalam pemantapan tatakelola Universiti Awam.
Bengkel resolusi ini juga melibatkan perbincangan mengenai cadangan pindaan dan penambahbaikan terhadap Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib & Surcaj) 2000 [AKTA 605] termasuk juga isu-isu yang berlaku di dalam Universiti Awam yang perlu ditangani dan diambil tindakan segera secara berfokus dan lebih berkesan dalam menangani isu kelemahan tatakelola yang boleh menyebabkan ketirisan, pembaziran serta risiko rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.
Penganjuran program ini secara tidak langsung dapat merapatkan ukhwah dalam kalangan Majlis Pegawai Integriti dan Majlis Penasihat Undang-Undang Universiti Awam disamping mencari solusi terbaik dalam menghadapi dan menangani isu-isu berbangkit di Universiti Awam.
Unit Integriti & Ombudsman UKM diwakili oleh Encik Ahmad Sharif Haron dan Puan Nur Adriana Athirah Zulkafli, Pegawai UIO.