Kunjungan Hormat Unit Integriti & Ombudsman ke Pejabat Naib Canselor
Unit Integriti & Ombudsman (UIO) telah melaksanakan Kunjungan Hormat ke Pejabat Naib Canselor (NC) pada 18 Mac 2023. Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan mengenai isu integriti di UKM serta inisiatif yang perlu dilaksanakan dalam mengekang isu tersebut. UIO berbangga dengan NC yang komited dan tegas dalam memastikan kampus bebas isu integriti.
Kunjungan ini dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Mohammad Rahim Kamaluddin, Ketua Unit Integriti & Ombudsman (UIO), To’ Puan Dr. Tengku Elmi Azlina Tengku Muda, Ombudsman UKM, Encik Rajan Munusamy, Ketua Pentadbiran UIO, serta Encik Ahmad Sharif Haron dan Puan Nur Adriana Athirah Zulkafli, Pegawai Tadbir UIO.