JAWATANKUASA TATAKELOLA (JTK) UKM

Latar Belakang

Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2023: Gerakan Pemantapan Tatakelola Nasional: Penubuhan Jawatankuasa Tatakelola di Peringkat Persekutuan, Negeri dan Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan telah dikeluarkan pada 5 Disember 2023 bagi menggantikan Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2018: Pemantapan Governans, Integriti dan Anti- Rasuah dalam Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia: Mekanisme Pengurusan Governans, Integriti dan Anti Rasuah Kebangsaan.

Arahan ini bertujuan untuk memperkemas dan memperkukuh usaha pemantapan tatakelola dalam sistem pengurusan pentadbiran Kerajaan Malaysia melalui penubuhan sebuah Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) yang menggantikan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR) bagi memastikan tindakan segera, berfokus dan lebih berkesan dapat diambil dalam menangani isu-isu kelemahan tatakelola yang boleh menyebabkan ketirisan wang Kerajaan, pembaziran serta risiko rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Salinan Arahan ini boleh dicapai di pautan ini.

Berikutan Arahan ini, Jawatankuasa Anti- Rasuah (JAR) Peringkat Kebangsaan, Kementerian/Kerajaan Negeri/Jabatan/Agensi di Peringkat Persekutuan akan digantikan dengan Jawatankuasa Tatakelola (JTK).

MPU

Mesyuarat Pengurusan Universiti Bil. 5/2024 bertarikh 3 April 2024 bersetuju untuk memperakukan cadangan untuk menggunapakai Arahan YAB Perdana Menteri, No. 1 Tahun 2023: Gerakan Pemantapan Tatakelola Nasional: Penubuhan Jawatankuasa Tatakekola di Peringkat Persekutuan, Negeri dan Kementerian/ Jabatan/ Agensi Kerajaan dan menubuhkan Jawatankuasa Tatakelola (JTK) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

LPU

Lembaga Pengarah Universiti yang dibuat secara pekeliling bertarikh 30 Ogos 2024 bersetuju meluluskan Cadangan menggunapakai Arahan YAB Perdana Menteri, No. 1 Tahun 2023: Gerakan Pemantapan Tatakelola Nasional: Penubuhan Jawatankuasa Tatakekola di Peringkat Persekutuan, Negeri dan Kementerian/ Jabatan/ Agensi Kerajaan dan menubuhkan Jawatankuasa Tatakelola (JTK) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Terma Rujukan

1. Reformasi Institusi, Dasar dan Undang-undang

  • Mengenal pasti, mengkaji, memperkemas serta memperaku pindaan-pindaan yang diperlukan ke atas dasar, undang-undang dan peraturan kementerian, Kerajaan Negeri, jabatan dan agensi Kerajaan yang mempunyai kelemahan dan/atau memerlukan penambahbaikan tatakelola termasuk pengukuhan institusi.

2. Sistem dan Prosedur Kerja

  • Mengenal pasti, mengkaji serta memperaku apa-apa kelemahan atau perubahan terhadap sistem dan prosedur kerja sesuatu aktiviti di kementerian/Kerajaan Negeri/jabatan/agensi Kerajaan melalui penilaian risiko yang dilaksanakan secara berkala. Ini bertujuan untuk meningkatkan kebertanggungjawaban, ketelusan, kecekapan dan keberkesanan organisasi; dan 
  • Perakuan yang dibuat juga hendaklah dapat mencegah serta menutup ruang dan peluang kepada perlakuan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.

3. Pemantauan dan Penilaian

  • Memantau dan menganalisis laporan-laporan berkaitan keberkesanan penguatkuasaan undang- undang dan/atau peraturan bagi tujuan pengukuhan kawalan dalaman; 
  • Menilai keupayaan dan keberkesanan pelaksanaan suatu undang-undang dan peraturan, kaedah kawalan dalaman serta kaedah penguatkuasaan yang telah dilaksanakan; dan 
  • Mengemukakan syor penambahbaikan tatakelola ke peringkat yang lebih tinggi berdasarkan penilaian yang telah dilaksanakan.

4. Pembudayaan Amalan Nilai dan Tatakelola Baik

  • Mengkaji dan menilai keberkesanan mekanisme tatakelola dan pembudayaan nilai perkhidmatan awam; 
  • Mengemukakan syor penambahbaikan tatakelola baik yang merangkumkan pengurusan organisasi dan pembangunan insan bagi menjadikan amalan nilai sebagai budaya kerja perkhidmatan awam; dan 
  • Mengemukakan cadangan penambahbaikan bagi meningkatkan keberkesanan latihan dan komunikasi strategik bagi mempromosi usaha-usaha Kerajaan berhubung pemantapan tatakelola perkhidmatan awam.

Ahli Jawatankuasa Tatakelola UKM

Ahli Jawatankuasa Tatakelola (JTK) UKM terdiri daripada pemegang jawatan seperti berikut:

Pengerusi: Naib Canselor

Pengerusi Ganti: Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)

Ahli-Ahli:

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa)

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi)

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Jaringan Industri, Alumni dan Masyarakat)

Pro Naib Canselor (Penjanaan dan Prasarana)

Pro Naib Canselor (Kampus Kuala Lumpur)

Pro Naib Canselor (Strategi & Kewatanan)

Pendaftar UKM

Bendahari UKM

Penasihat Undang-Undang UKM

Ketua Pustakawan UKM

Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM)

Pengarah Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM (HPKK)

Pengerusi Majlis-Majlis Dekan UKM

Ketua Unit Audit Dalam UKM

Pengarah Pusat Komunikasi Korporat (PKK)

Pengarah Bahagian Keselamatan UKM

Pengarah Pusat Pengurusan Risiko, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (ROSH-UKM)

Pengarah Jabatan Pembangunan Prasarana UKM

Urus Setia: Unit Integriti & Ombudsman UKM