Bengkel Remote Sensing Data Analysis

Sesi perkongsian berkenaan Analisis Data Remote Sensing bersama Pusat Penyelidikan Kesihatan Alam Sekitar (EHRC), Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah diadakan pada 14-16 Oktober 2024. Tenaga pengajar adalah terdiri daripada felo penyelidik Institut Perubahan Iklim, iaitu Gs. Dr. Ricky Anak Kemarau dan Encik Ammar Fakhry, Pegawai Penyelidik di Pusat Pencerapan Bumi.
Semoga bengkel selama tiga hari ini memberi manfaat kepada peserta dalam meningkatkan kemahiran mereka untuk menganalisis data remote sensing dengan lebih baik.