Berita UKM: STACLIM 2024 Beri Penekanan Pada Isu Perubahan Iklim
STACLIM 2024 Beri Penekanan Pada Isu Perubahan Iklim
Oleh Murniati Abu Karim
Foto Institut Perubahan Iklim
Β
KUALA TERENGGANU, 6 September 2024 β Penganjuran International Conference on Science and Technology Applications in Climate Change yang ke-6 (STACLIM 2024) memberi fokus kepada cabaran perubahan iklim serta membincangkan inisiatif dan penyelesaian baharu bagi mencapai ketahanan iklim.
Β
STACLIM 2024 dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Prof. Datoβ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang secara atas talian.
Β
Dalam ucapan perasmiannya, beliau berkata terdapat bukti yang menunjukkan kenaikan suhu dan paras karbon dioksida meningkatkan produktiviti tanaman, tetapi hanya dalam had tertentu.
Β
Walau bagaimanapun, dengan situasi pemanasan global yang tidak menentu, hasil tanaman akan terjejas dengan ketara terutamanya dalam keadaan cuaca ekstrem seperti kemarau, jelasnya.
Β
βMelalui persidangan ini, saya berharap peserta dapat memperoleh pengetahuan yang berkaitan dengan isu dan cabaran perubahan iklim ini agar kita dapat mengenal pasti solusi yang lebih baik untuk lindungi dan uruskan persekitaran hidup,β katanya.
Β
Persidangan yang bertemakan βFeeding the Future: Integrating Science into Climate Solutionsβ ini menghimpunkan lebih daripada 80 peserta dari Malaysia, China, United Kingdom, Jepun, Filipina, Singapura, Taiwan, dan Zimbabwe.
Β
Persidangan ini bertujuan bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan tentang perubahan iklim, serta menyumbang kepada penghasilan penyelesaian inovatif yang selaras dengan matlamat pembangunan mampan global.
Β
STACLIM 2024 turut menampilkan dua pengucaptama iaitu Prof. Dr. Simon Redfern dari Nanyang Technological University, Singapura dan Prof. Emeritus Datoβ Chm. Dr. Mazlin Mokhtar dari Sunway University. Mereka masing-masing membincangkan tentang program Climate Transformation dan kepimpinan di peringkat tempatan dalam mengurangkan risiko dan impak perubahan iklim.
Β