Free Market (Cloth Jariah) Give2Give, Program Jejak Busana: Menyulam Budaya, Menenun Kelestarian

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Alam Sekitar (EMC), Institut Perubahan Iklim (IPI), Kelab Warga Institut Perubahan Iklim (KWIPI) dan Pusat Islam sedang menganjurkan satu program alam sekitar, Jejak Busana: Menyulam Budaya, Menenun Kelestarian. Antara siri program yang telah berlangsung adalah pengumpulan fabrik dan Forum Declutter 360, sejak awal Januari 2025 sehingga kini.
Declutter sudah, kumpul pun sudah. Tiba masanya untuk kesemua barangan terpakai ini beralih tuan, dari yang memberi kepada yang menerima. Sehubungan itu, satu karnival mini pakaian dan keperluan terpakai, Cloth Jariah atau Gift2Give akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
🗓27 Februari 2025
⌚10.00 pagi – 3.00 petang
📍Kawasan Parkir Bangunan Pusat Pencerapan Bumi, Institut Perubahan Iklim, UKM Bangi.
Kesemua warga UKM dan komuniti yang berminat dijemput hadir bagi memeriahkan lagi karnival mini ini. Kesemua pakaian dan keperluan terpakai yang disediakan adalah PERCUMA. Anda juga digalakkan untuk membawa beg sendiri. Jumpa nanti!