JELAJAH KELESTARIAN ALAM : DARI ANAK MUDA KEPADA DUNIA

Program Jelajah Kelestarian Alam merupakan usaha dengan penglibatan golongan belia dalam menangani isu-isu melibatkan kelestarian alam anjuran Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dengan kerjasama Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) dan juga UKM selaku lokasi siri jelajah kali ini.
Bersempena dengan program jelajah ini, turut diadakan dialog kelestarian alam yang turut menampilkan YB Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam sebagai panel dalam memberi penerangan yang lebih baik kepada belia tentang isu semasa berkaitan kelestarian alam.
🗓️ 7 Oktober 2024
⏰ 7.30 pagi- 12 tengah hari
📍Panggung Seni, Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) Bangi.
Anjuran: Institut Perubahan Iklim, UKM
Jangan lepaskan peluang ini, Jumpa anda disana!