Lawatan Teknikal MKN ke Pusat Pencerapan Bumi, Institut Perubahan Iklim
10 Februari 2022
Lawatan Teknikal MKN ke Pusat Pencerapan Bumi, Institut Perubahan Iklim
YBhg. Prof. Madya Dr. Khairul Nizam Abdul Maulud, Ketua Pusat Pencerapan Bumi telah menerima lawatan teknikal delegasi dari Majlis Keselamatan Negara serta beberapa agensi lain yang turut serta iaitu dari Kementerian Luar Negeri, Pusat Hidrografi Nasional dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia(JUPEM).
Lawatan teknikal ini bertujuan menjalinkan hubungan kerjasama dengan lebih erat disamping dapat membantu kerajaan dalam memberikan data yang berguna demi kedaulatan Negara yang tercinta.
#gisukm #EOC #ipi #demiMalaysia