Penghargaan Atas Sumbangan Dalam Program Cloth Jariah
Dengan penuh rasa syukur dan penghargaan, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan pakaian dan barangan terpakai yang telah dikongsikan melalui beberapa siri Pengumpulan Fabrik sejak Januari β Februari 2025 yang lalu. Perkongsian ikhlas daripada pihak Datoβ/Datuk/Datin/Tuan/Puan, amat bermakna dan membawa senyuman kepada mereka yang memerlukan. Hasil daripada kemurahan hati dan keprihatinan semua, kami berjaya mengumpul hampir 2,000kg pakaian dan barangan terpakai yang telah disalurkan kepada mereka yang memerlukan dalam program Cloth Jariah pada 27 Februari 2025 yang lalu.
Sumbangan ini bukan sahaja memberi manfaat kepada golongan yang kurang bernasib baik, tetapi juga menyumbang kepada kelestarian alam sekitar melalui amalan kitar semula dan guna semula pakaian, sekaligus mengurangkan pembuangan sisa tekstil di tempat pembuangan dan pelupusan sampah. Kami amat menghargai sokongan serta keprihatinan yang ditunjukkan, dan semoga usaha ini menjadi amal jariah yang berterusan buat Datoβ/Datuk/Datin/Prof/ Dr./Tuan/Puan.
Terima Kasih Hero Belakang Tabir! Anda Penggerak Kebaikan Yang Kami Sanjungi dan Hargai!
