Institut Perubahan Iklim

 Institute of Climate Change

Penanaman 1 juta pokok bagi membantu usaha Kempen Penghijauan Malaysia yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Kolaborasi strategik antara ANGKASA dan UKM melalui INSTITUT PERUBAHAN IKLIM (IPI) akan menghasilkan Modul pembelajaran dan pengajaran β€œSejuta Pokok Segunung Harapan” serta program kesedaran berbentuk β€œTrain of Trainers” (ToT) yang akan dilaksanakan kepada koperasi sekolah, koperasi siswa dan koperasi di kawasan komuniti di seluruh Malaysia bagi memberi pendidikan asas merangkumi maklumat asas berkaitan jenis dan fisiologi pokok, konsep tanaman, penjagaan pokok dan penghasilan baja kompos, garis panduan pengukuran tumbesaran pokok dan penyelenggaraan tanaman pokok.

OBJEKTIF

Community Engagement

Melaksanakan program berbentuk β€œcommunity engagement” untuk meningkatkan penglibatan komuniti dan agensi menerusi koperasi untuk menanam sejuta pokok.

Memulihara Hutan Terosot

Membantu memulihara hutan terosot (degraded forest) menerusi pemulihan
20 ekar hutan simpan Negeri Selangor yang akan dijadikan sebagai tapak projek tanaman pokok hutan yang dinamakan β€œHutan Angkat Koperasi”.Β 

Melestarikan Alam Sekitar

Membantu usaha kerajaan dalam melestarikan alam sekitar dimana kerajaan menyasarkan peningkatan sekurang-kurangnya 20% keluasan hutan (terrestrial & inland water) di Malaysia dalam tempoh 10 tahun (2025).

Penerbitan Modul

Memberi pendidikan asas dan memupuk kesedaran kepada pelajar dan masyarakat setempat akan peranan ekosistem hutan kepada perubahan iklim negara dan dunia menerusi penerbitan modul pembelajaran dan program β€œTrain of Trainers” (ToT)