PUSAT PENGURUSAN PENJANAAN UKM

 Sumber Pendapatan dan Kekayaan Berterusan untuk UKM

Lawatan Balas kerja dan Diskusi Dua Hala di antara CIEW dan JANA@UKM

5 Oktober 2023

Lawatan Balas kerja dan Diskusi Dua Hala di antara CIEW dan JANA@UKM.

Rombongan JANA@UKM diketuai oleh YBhg. Prof. Dr. Norhamidi bin Muhamad (Pro-Naib Canselor Penjanaan dan Prasarana UKM) bersama-sama Timbalan Pengarah Eksekutif, pegawai dan kakitangan seramai dua puluh (20) orang.

Manakala CIEW diketuai oleh YBrs. Dr. Hj. Borhan Sareya Abdullah (Pengarah CIEW) dan semua kakitangan CIEW.

Turut hadir bersama YBrs. En. Badrul Hisham bin Ismail (Bendahari UMS) dan Pn. Muhajirah binti Muchlish (Timbalan Bendahari Kanan, Jab. Bendahari UMS) menyambut ketibaan rombongan daripada JANA@UKM sekaligus mempengerusikan sesi diskusi dua hala ini.

Sesi diskusi dan lawatan balas daripada JANA@UKM ini adalah susulan daripada lawatan penandaaras CIEW ke UKM pada 25 Mei 2023 yang lepas.

Semoga pertemuan ini memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak